10.4.17

[ Manusia #1 ]

Bismillah.. :)

-

Ada masa-masa, ibu selalu kagum dengan personaliti manusia-manusia yang ibu sangka hatinya murni sekali.

Mereka suka memberi kata-kata yang baik dan melembutkan untuk tunjuk betapa mereka sangat terbuka untuk mendengar. Mendengar masalah kawan-kawan. Ibu teruja. Kerana ibu sangka, merekalah orang-orang yang akan menjadi pendengar yang baik bila ibu di tahap yang sangat memerlukan. 

-
-
-

Sampai satu masa, ibu cuma tersenyum, tanpa merasa apa-apa. (macam ni -> :) )

Ada sebenarnya di kalangan manusia-manusia yang kita sangka kawan, berfikiran terbuka, bila kita cuba cerita situasi kita, ada yang buatkan kita bertambah positif dan optimis. 

Tapi hai anak-anak ibu..jangan terlalu suka. Kerana kita juga akan dipertemukan dengan jenis orang yang... Ya, akan dengar masalah kita, dan tunjuk betapa mereka memahami kita. Tapi dek kerana akal fikiran yang tak berhenti berfikir, mereka akan sampai ke tahap yang bilamana mereka tunjukkan pada kita siapa kita sebenarnya di mata mereka.

Ada yang bila dah dengar apa yang kita kurang dan tak mampu, mereka akan buat kita lebih rasa kurang dan tak mampu. Akan banding-bandingkan kita. 

Kadang, ibu cerita, bukan untuk minta simpati atau difahami. Cuma ibu faham, ada yang kita tak mampu simpan sendiri. Dia macam cuba nasib jugak. Kena dengan orang yang betul, In shaa Allah akan lebih cekal diri ini. Kena dengan yang memang tak berapa kena, kita kena maaaaakin cekal, anak-anak. 

-
-
-

Ingat juga ya, bila orang memang tak suka kita, harum mana pun jutaan bunga yang kita tabur atas muka bumi ini, mereka akan cari juga serpihan-serpihan kelopak yang layu pada kita. 

-
-
-

Moga anak-anak ibu kuat. 😊💪💪💪💪

No comments:

Post a Comment